Saturday, July 11, 2009

RUKUN IMAN KE ENAM- PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR

Assalamualaikum rakan taulan sekelian,

Saya kembali lagi setelah genap sebulan tragedi yang menimpa Pearl Farm. Ketika dalam perjalanan untuk menziarahi keluarga abang ipar yang kembali ke Rahmatullah ( musibah lagi ? ) saya membeli sebuah buku di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh. Perjalanan yang panjang membolehkan saya membaca dengan selesa sekali. Di dalam buku " Asas-Asas Fardhu Ain " tulisan ustaz Sulaiman Endut ( Allahyarham )beliau menyatakan bahawa ' beriman kepada qada' dan qadar bererti bahawa sesaorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku didalam alam ini, apa yang berlaku kepada dirinya samada disukai atau tidak disukai, baik atau buruk, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau lupa, dirancang atau tidak dirancang ,sihat atau sakitnya, jaya atau gagalnya, semuanya adalah qada' dan qadar Allah S.W.T yang telah ditetapkan olehnya'. ( rukun iman keenam- percaya kpd Qada' dan Qadar m/s 45)
Persoalannya ... bukanlah saya lupa kepada Rukun Iman Yang Keenam itu tetapi kehadiran buku itu yang tepat pada masanya.

Teman-teman,
Allah S.W.T berfirman di dalam Surah al-Hadid ayat 22 hingga 23 yang bermaksud
" Tidak ada sesuatu bala bencana ( musibah ) yang terjadi atas muka bumi atau yang mengenai menimpa diri kamu semuanya itu melainkan telah dicatat di dalam kitab catatan sebelum kami ( Allah ) tentukannya akan berlakunya , sesunguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah sesuatu yang mudah. tujuannya yang demikian itu supaya kamu semua tidak berdukacita terhadap apa yang terlepas dari tanganmu tidak pula merasa bangga terhadap apa yang diberikan oleh Allah kepadamu. Allah tidak menyukai orang yang sombong serta membanggakan diri sendiri".

Ayat ini menyedarkan saya bahawa saya termasuk di dalam golongan orang yang diuji oleh Yang Maha Esa. Ayat ini juga dapat merawat luka hati saya yang tidak henti-henti berdarah. Semuga saya bertambah kuat dan tabah di dalam menempuh berbagai-bagai lagi musibah yang telah ditentukan ke atas diri saya.

Teman-teman,

"Rezeki secupak tak akan jadi segantang" peribahasa ini telah menguliti kehidupan saya sejak kecil. Saya adalah penentang paling lantang bidalan orang tua-tua ini. Saya selalu berkata dengan usaha yang bersungguh-sungguh, bukan saja segantang malah rezeki akan menjadi berbilion2 gantang. Mak dan abah saya senyum saja ketika itu. Mereka memang tahu saya suka mempersoalkan sesuatu yang boleh " lapuk dek hujan". Sebenarnya saya bukan penentang tetapi saya sangat optimis dengan hidup. Saya percaya dengan usaha gigih kita pasti berjaya pada suatu masa nanti.

Tetapi kebelakangan ini saya terfikir sendiri, bahawa banyak benda yang saya tidak ambil kira ketika memberikan hujah saya. Pemikiran saya terlalu ideal. Saya menilai sesuatu dengan beranggapan bahawa " semua perkara tidak berubah" seperti prinsip ekonomi yang kita belajar ketika first degree dulu.

Teman-teman,
Pada hari ini saya mula sedar bahawa kehidupan ini bukan hanya mengenai sejauh mana kita berusaha untuk memajukan diri, kehidupan ini adalah sebenarnya adalah tentang sesuatu yang telahpun ditentukan kepada kita. Hari ini saya memahami bahawa bidalan orang tua-tua tentang rezeki secupak tak akan jadi segantang bukanlah menganai usaha dan kesungguhan tetapi orang tua-tua dulu berkata mengenai qada' dan qadar yang telah ditentukan kepada kita.
Cuma saya sahaja yang berlagak lebih pandai dari orang tua-tua dulu.

Teman-teman,
Ditengah-tengah malam begini, saya teringat serangkap lagu yang didendangkan oleh sebuah kumpulan yang popular diera 90'an dulu. Katanya " Andai begitu suratan takdir, usah lagi kita mungkir, bersyukur pada rahmatnya" .
Jauh disudut hati saya tetap menaruh harapan seperti kata Zaiton Sameon..." Selagi hidup belum sudah, aku akan terus melagkah, ku yakin Rahmat Tuhan ku , di hadapan menunggu "

J
umpa lagi dilain ketika, "Ciao"
Puan Umi

Thursday, July 2, 2009

KAMBING AKIKAH DAN DAGING

SALAM SEMER,kambing akikah dan daging ade di kandang,saper nak kontek kami,walopun dah nyawe2 ikan tapi kami still bernafas lagi.hahaha..dapatkan segera.abes kami tambah lagi..
name pon kambing malaya.hehe.salam