Wednesday, December 31, 2008

gambar kambing sepanjang 1429 hiriah dan 2008 masihi

wassup doc


xde sawit tok aku ker?


malu lah x mo pandang


hello mike


enaknyer yummy


puan umi a.k.a 'the owner' dengan kambing2nya


anak jantan jamna cros dan kampung dan jamna ngn anglo


pejantan asal badang jamna cros


induk kampung limited edition


'simba' bakal pejantan 8 bulan


daun sawit yang ranggup

ya Allah engkau rahmatilah perjuangan kami dan tempatkan kami dalam golongan hamba mu yang beriman dan bersyukur...semoga kita lebih berjaya di masa mendatang..amin

SALAM MAAL HIJRAH 1430 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009

Assalamualaikum,
Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan tahun baru 2009. Sepatutnya saya menulis pada malam 28hb Disember lepas bersamaan pada malam 1 Muharam 1430. Tetapi saya amat sibuk sejak akhir-akhir ini jadi terpaksalah saya tangguhkan sehingga hari ini. Diam tak diam dah masuk tahun ke 2, Pearl Farm beroperasi meredah onak dan duri. Saya hanya memberikan masa selama tiga tahun kepada diri saya untuk berjaya di dalam dunia penternakan. Nampaknya saya cuma ada sedikit sahaja masa lagi untuk mencapai matlamat dan 'goal' yang telah saya tetapkan.
Pada malam tahun baru lunar ini, saya ingin mengimbas kembali peristiwa yang telahpun menjadi sejarah. Setelah setahun, saya ingin berkongsi suka dan duka dengan pelawat blog ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelawat sekelian. Seronok rasanya bila laman blog kita dikunjungi.
Ketika menceburi dunia penternakan, saya sebenarnya tidak tahu apa-apapun mengenai haiwan ternakan ini, apatah lagi penjagaan kesihatannya. Namun sebagaimana biasa...saya tidak mungkin berpatah balik setelah keputusan diambil. Puteri kedua saya pun yang pada mulanya sangat takut kepada kambing, kini berani mengikut saya kekandang setiap kali cuti semesternya.

Saya mempunyai pengalaman selama 16 tahun didalam bidang sumber manusia dan memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia. Bergelumang dengan keringat dan kotoran sebenarnya sesuatu yang amat berbeza dari dunia saya dahulu. Namun, saya harus 'berhijrah' moga masa depan anak-anak lebih gemilang.
Kini, setelah setahun bergelar "penternak" saya akhirnya dapat melihat sedikit demi sedikit hasil keringat yang tumpah. Dunia penternakan sudah sebati dengan diri saya, dan yang paling berharga adalah kedamaian yang tidak ada tolok bandingnya...Inilah duniaku sekarang!.
Kawan-kawan,
Sejak dulu, saya adalah seorang yang sangat giguh. Saya sangat optimis dan berani. Kita kena ingat, Allah telah berjanji bahawa " Sesiapa yang berusaha ia akan mendapat" Pernahkah Allah tidak mengotakan janjinya?. Walaupun Pearl Farm tidak sehebat nama-nama besar didalam dunia penternakan namun saya amat bersyukur kerana saya mampu meneruskan perniagaan ini walaupun hanya memulakan dengan modal yang kecil.
Sebenarnya saya mendapat sokongan yang amat jitu dari FAMA daerah Bentong. Encik Ahmad bin Nayan dan kakitangannya sentiasa memberikan sokongan dan semangat. Begitu juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang telah mula meletakkan kepercayaan kepada saya.
Pada 20hb Disember lepas saya dijemput oleh pihak FAMA daerah untuk menjadi penceramah dalam program " Seminar Pembangunan Usahawan" yang dikhaskan kepada para graduan. Kerana saya juga seorang penternak berijazah maka saya berharap dapat membantu para siswazah yang berminat dalam bidang penternakan. Pihak FAMA membayar saya untuk jadi penceramah....sebenarnya...walau tanpa bayaranpun saya sanggup menjadi penceramah FAMA kerana jasa yang mereka berikan kepada saya tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.
Kawan-kawan,
Saya sangat berharap pada tahun baru ini, kita semua memperolehi kejayaan yang penuh gilang-gemilang. Saya merasakan kerja kita untuk setahun ini akan dinilai, bukan oleh CEO tetapi Allah S.W.T menilainya dan memberikan ganjaran...percayalah bahawa Rahmat Tuhan sentiasa menanti kita dihadapan. Saya ingin mengingatkan diri sendiri dan teman-teman penternak semua, bahawa jangan sesekali lupa untuk membayar zakat. Dengan membayar zakat hati kita akan tenang dan kita akan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.
Kawan-kawan,
Pada suatu hari puteri bongsu saya bertanya " Mak..andai dapat diundurkan putaran dunia..apa yang ingin mak ubah?" Seperti biasa saya akan menjawab dengan penuh keyakinan " Tiada apa pun yang ingin mak ubah kerana sepanjang hidup ini mak melalui hidup yang sangat indah...dan menjadi penternak dihujung usia ini merupakan satu pilihan yang sangat tepat".
Kawan-kawan,
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009, dan selepas ini seperti biasa putera sulung saya Amirul akan meneruskan tintanya diblog ini....permisi dulu...Ciao!



UMI KALTHOM HASSAN



Thursday, December 18, 2008

KANDANG N BANGSAL BAJA

ALHAMdulillah setelah bebrape bulan bertungkus lumus akhirnya siap gak bangsal baja n kandang baru..tapi kecik jer la..wat sendiri jer tu yang amek masa sket tu..kami ni merangkak2 sket nak maju maklumlah modal kecik jer.ade rezeki lbih baru lah mlangkah kedepan sket..x pe sikit2 lame2 habis bukit.hehe..layan gambar pemandangan ladang,kambing yang terbaru dan x sebraper...hemoh hemoh












semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..aminnnnn

Tuesday, November 25, 2008

BOER BAIK PUNYER

Salam penternakan kepada sahabat smer posting kali ni saje nak tunjuk gamba boer yang saya ambil dari laman web penternak luar negara.supaya kita boleh tengok dan nilai betapa berkualitinyer boer dorang..semoga suatu hari nanti ladang-ladang di malaysia pun mampu tok breed boer mcm gamba kt bawah gak..insyaallah


apa pandang2??? ada hutang



eleh saper pandang dia ntah.perasan



dara pujaan.kalo dapat sumpah tak jual



perfecto...kalo la dapat ni



tengah posing pon le kencing ag tu.sunat baru tau

Sunday, November 23, 2008

TENANGNYA FIKIRAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...adeh mcm dj plak.posting kali ni nak cerita sket perasaan n feel kalo kat ladang...x tau la nak ckap macam ner.tapi saya jamin pasti sahabat laen pon ada perasaan ni gak kan,tenang dan menenangkan..syer pon xtau la knaper.kalo kat ladang syer tu kandang bkn nye cntik beribu2,kambing pon stakat cross jer ada la seko dua jer pjantan boer purebreed n jamna cross..tapi terus terang cakap memang sronok dan tenang..yelah mungkin sebab hak kita sendiri kan..xder saper nak mara btol tak??? boleh plan ikot kite pnyer ske dan macam2 lagi lah..jadi persoalannya apakah yang membuatkan ketenangan itu ada??? bagi pendapat saya, sumer itu datang daripada barakah menternak kambing itu sendiri.apa yang kita lakukan ini adalah sunnah para anbiya,jika kita sabar jujur dan ikhlas saya yakin walopon kandang kita cikai kambing kita sikit,insyaallah dengan berkat kesabaran dan usaha Allah pasti meredhai apa yang kita lakukan..

"dan dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu,padanya ada(bulu) yang menghangatkan dan perbagai manfaat dan sebahagianya kamu makan. kamu memperoleh pandangan yang indah padanya,ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskanya ke tempat penggembalaan" an-nahl 5-6

dan tentunyalah pandangan yang indah dan ketenangan itu kita perolehi daripada ALLAH s.w.t.
alhamdulillah syukur kepada ALLAH yang menemukan kita dengan penternakan ini..insyaallah selain daripada menjadi sumber rezeki kita sendiri,suatu hari kita mampu mempertingkatkan ekonomi keluarga ,negara dan umat islam..bagi saya ini adalah sebahagian dari jihad,jihad ekonomi..sebagai umat islam adalah kewajipan bagi kita..tabahkan hati,mara ke hadapan jangan menoleh lagi.semoga usaha ini diredhai ilahi, ingat jihad itu penuh dengan liku2..tepuk dada tanya iman...salam penternakan

Saturday, November 8, 2008

FUTURE BUCK

SALAM..INSYAALLAH TOK PROGRAM BREEDING KAMI PADA TAHUN DEPAN ,KAMI AKAN MENGGUNAKAN PEJANTAN BARU ..SKANG NI UMO BARU 6 BULAN..SIMPAN DULU DA CUKUP UMO BRU PAKAI.....UMO 6 BULAN.BERAT DALAM 43 KG.BOER BUCK.DIA PNYER NAMA 'SIMBA'..HEHE TAPI KAT KANDANG LAME DIA TUAN DIA PGGIL DIA JUSTIN TIMBERLAKE..HEHEHE...

SEDAP GAK DAUN SAWIT NI


AMACAM ENSEM X AKU? APE,BULU AKU ADA ROPOL2? TU LA "DREADLOCK"..HEHE


APE TENGOK2? LU BIKIN WA PANAAAAAS



MESIN BAJA

ALHAMDULILLAH.SEDIKIT SEBNYAK KDENGAN ADANYA MESIN BAJA INI,KERJA KAMI BERTAMBAH MUDAH,SYUKUR DENGAN REZEKI DAN KEMUDAHAN YANG DIBERI OLEH ALLAH..PROSES MENGISAR BAJA UTK MENJADI 'FINE COMPOST' MENJADI LEBIH MUDAH DAN EFISYEN....KALO DULU NAK DAPAT 10 KG SATU ARI PATAH GAK PINGGANG,TAPI SKARANG 50 KG DALAM STNGAH JAM JER......ITULAH TEKNOLOGI...



JADI KEPADA SAPER2 YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI BAJA.HUBUNGI KAMI

Monday, October 27, 2008

LAWATAN KE KANDANG RJ HIGLANDS

25/10/2008...SAYA DENGAN ADIK BONGSU BERSAMA SEORANG SAHABAT SAUDARA AZRUL MEMULAKAN PERJALANAN MENUJU KE JANDA BAIK UNTUK MELAWAT LADANG TERNAKAN KAMBING DISANA.KAMI MENGHUBUNGI EN WAN TUAN PNYER KANDANG TERSEBUT DAN BELIAU MEMBERIKAN NOMBOR TELEPON ABNG IPARNYA SELAKU "OTAI" LADANG TERSEBUT,EN AZHAR.SEORANG YNG SANGAT PERAMAH DAN BANYAK MEMBANTU KAMI BERTIGA,LADANG NI MENEMPATKAN HAMPIR 250 EKOR KAMBING BOER,KACUKAN SAANEN, DAN JAMNAPARI..LADANG INI MEMPUNYAI EMPAT PEJANTAN,2 EKOR BOER FULLBLOOD,GERMASIA DAN JAMNAPARI...DAN 5 EKOR INDUK FULLBLOOD.KAWASAN LADANG SNGAT CANTIK...CAKAP BANYAK X GUNA.LAYAN GAMBAR KAT BAWAH..











Thursday, October 23, 2008

UMAT SEDANG MERINTIH,MENGAPA KITA MASIH BERDALIH?

Di dalam kerancakan kita menternak,jgn dilupa saudara seagama kita yang ditindas di bumi bertuah palestin..mereka dihalau oleh yahudi laknat ditanah air mereka sendiri...masalah palestin bukan masalah tanah arab atau rakyat palestin sahaja,tetapi masalah seluruh umat islam....ingat mereka adalah tangungjawab kita..ALLAH SELAMATKAN PALESTIN..hulurkan tangan ringan kan beban.bantulah mereka...laawati blog fast2fund.blogspot.com

Saturday, September 13, 2008

Fast 2 Fund Campaign - 3 days to go!


FAST 2 FUND CAMPAIGN

** 3 DAYS **
to the Final Date
last date 27th September 2008 / 27th Ramadhan 1429

LET'S DONATE IF WE CARE FOR THEM!!!

Rejab, Sya'ban & Ramadhan 1429

..RM 100 per person for Palestine..




Every participant is encouraged to fast every Mondays and Thursdays throughout the month of Rejab and Sya'ban,
and perform obligatory fast throughout the month of Ramadhan.

Fund of at least RM 100 that is targeted from each participant is based on the savings of the budget allocated for lunch on every fasting days, and thus saved for this fund.


Calculation Model:

Fast on Mondays & Thursdays
throughout the month of Rejab & Sya'ban
16 days x RM 3.50 = RM 56

Obligatory fasting during month of Ramadhan
30 days x RM 3 = RM 90

Total fund = RM 56 + RM 90 = 146


MINIMUM FUND SUGGESTED:
RM 100 per person

*********************

For bank in purposes:

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Muamalat - No Akaun 140 3000 405 3711 or
Maybank - No Akaun 5622 0960 8847

Phone No: 03-4105 3766 (Encik Nasir)
E-mail: fast2fund.pal@gmail.com

Saturday, December 1, 2007

berakhirnya Kempen F2F 2007

Alhamdulillah

Kempen Fast 2 Fund telah berjaya mengumpul RM 137,500.90 untuk Palestin dan dana tersebut telah disalurkan ke sana sebanyak tiga kali..

Jutaan terima kasih di atas sumbangan dan sokongan anda.. Semoga Allah memberkati..

Thursday, August 23, 2007

Sya'aban...

SubhanAllah!!!
masuk bulan Sya'ban!!! ~~~
^__^

Kalau belum mula warm-up utk Ramadhan,
silalah mula dengan segera!
jika ada hutang² juga perlu langsaikan segera!

Juga sepatutnya dah berjaya mengumpul sekurang-kurangnya



RM 20




utk Fast to Fund for Palestine!

Thursday, August 9, 2007

Semarakkan..



For more information, please visit: Fast2Fund
artikel dipetik daripada fast2fund.blogspot.com

Wednesday, October 22, 2008

JAMUAN AIDILFITRI FAMA

Pada 15 syawal FAMA telah mengadakan jamuan aidilfitri yang bertempat di pejabat FAMA Daerah bentong.turut serta hadir peserta pasar tani daerah bentong dan ahli koperasi pasar tani daerah bentong,suasana di meriahkan dengan kehadiran sahabat2 FAMA dari jabatan pertanian dan perikanan.memang best...FAMA ni pegawai dia x ramai dalam 5 orang je lebih kurang..tapi kerja dorank memang mantap macam 50 orang pnyer keje...FAMA yang terbaik...bagi saper2 yng nak mulakan meniaga ka,tanam pisang,ka,tanam serai ka,tapi tanam daun ketum x bleh k,masuk lokap plak ,bela kambink ka,bela itik serati ka...kalo perlukan maklumat,kami syorkan FAMA adalah tempat nye..kami jamin..anda x kan hampa..jumpe je FAMA ni insyaallah semANGat kita akan bertambah..x yah pakai booster da...FAMA YANG TERBAIK..

DISERTAKAN GAMBAR SEWAKTU MAJLIS TERSEBUT







terima kasih FAMA....INSYAALLAH taun depan kiter jmpe ag...