Monday, June 15, 2009

SUDAH TERLUKA MERINDU PULA

Assalamualaikum saudara dan sahabat handai,
Pada awal tahun ini, saya merancang untuk kembali menulis pada awal tahun hadapan. Tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Kali ini saya kembali ke Blog ini dengan berita yang hiba. Rata-rata saudara dan sahabat handai saya sudah maklum tentang musibah yang menimpa kami. Terima kasih kepada semua rakan penternak yang membantu mengukuhkan semangat kami. Terutamanya kepada anakanda KAMBING MALAYA yang memberikan semangat dan kata-kata dorongan. Tidak saya lupa juga kepada rakan-rakan lain yang tidak sempat saya sebutkan.
Saudara dan rakan,
Mungkin kerana saya berhati batu, saya tidak mampu menangis. Namun jauh di dalam, hati saya begitu pedih. Sungguh...rasanya lebih hebat dari hirisan pedang. Saya tergamam dan sukar untuk berkata-kata. Saya melihat kandang yang kosong dengan perasaan pilu dan impian masa depan yang telahpun punah. Inilah masa depan untuk anak-anak saya. Amirul, putera sulung, walaupun menerima anugerah dekan tetapi sanggup melambatkan melanjutkan pelajaran demi meralisasikan impiannya untuk menjadi penternak muda. Dia begitu gigih dan kuat bekerja. " Ya Allah, Ya Rahim, Kau limpahilah dia dengan rahmat serta kasih sayangMu, sesungguhnya redhaMu bergantung kepada redha ibubapa "
Saudara dan rakan,
Kerugian saya mencecah puluhan ribu ringgit. Jumlah yang besar bagi penternak kecil dan miskin seperti saya. Punca rezeki masa kini dan sedikit pelaburan untuk pelajaran anak-anak dimasa depan hilang sekelip mata. Namun apa yang lebih memilukan adalah kehilangan haiwan ternakan yang sangat saya sayangi. Saya menternak haiwan tersebut untuk "breeding" dan layanannya adalah untuk haiwan kesayangan. Setelah beberapa hari berlalu, kerinduan saya kepada ternakan ini semakin parah. Hati saya sangat pedih apabila melihat kandang yang telahpun dikosongkan oleh manusia kejam tersebut. Benarlah seperti kata " Sudah terluka merindu pula". Manusia terlaknat itu bukan saja telah membawa pergi puluhan ekor kambing saya, malah mereka telah meragut semangat serta masa depan saya sekali. Alhamdulillah, maha suci Allah.
Sebagai insan malang saya hanya mampu menyerahkan hati yang luka parah ini kepada Allah. Saya tak tahu nak minta apa ketika selesai bersolat hajat. Cuma doa saya " Ya Allah, jika menjadikan pencuri itu kaya adalah yang terbaik, maka engkau jadikanlah mereka kaya supaya mereka tidak mencuri lagi, Jika mengetahui siapakah mereka itu adalah lebih baik, maka berilah aku petunjuk siapakah mereka agar dapat aku membalas dendam, dan jika menambahkan rezekiku adalah lebih baik, maka kau berilah aku rezeki halal yang berlipat ganda, sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui apa yang paling baik buatku" Amin.
Saudara dan sahabat,
Lebih tepat anakanda penternak dan bukan penternak, terima kasih kerana memberikan kami semangat untuk terus berjuang. Anda semua merupakan insan mulia yang ada disisi kami ketika kami didalam waktu-waktu yang sukar ini. Untuk doa-doa yang diaminkan untuk kami, kami mengucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Semuga dengan adanya anakanda sekelian, kami lebih tabah menempuh dugaan Allah ini. " Ya Allah, Engkau berkatilah usaha penternak ini, Engkau limpahilah mereka dengan berkat dan kasih sayangMu, Amin"

Terima kasih sekali lagi
Puan Umi Kalthom Hassan

Friday, June 12, 2009

KAMBING KAMI DICURI

ALLAH berat sungguh wasenyer ujian ini.11/6/2009,abes semua 30 ekor kambing kami dicuri.28 ekor induk dan 2 ekor buck.semuanya jenis boer,abes usaha kami selama 2 tahun..saya tak tahu nak kate ape,tak mampu sy nak menulis.yang tinggal hanya lah beberapa ekor kmbing kampung dan feral..menagis saya setiap kali melihat gambar kambing2 kami..allah,.......................................................................................................................................................

Monday, June 8, 2009

CLASS OF 2009






































ni lah sebahagian doe n buck di ladang kami.kami doa supaya dapat anak kambing yang banyak. tapi ada prob sket.penjantan kami mcm x aktif nak mngawan jer.gram tol.pjantan ada dua,dua2 slow..ada komen or nasihat daripada sahabat2 di luar sana.kalo ada dapat beri pandangan dan cadangan..tolong ya.........

Thursday, June 4, 2009

feral untuk akikah dan sembelihan

feral tok akikah dan sembelihan telah tiba dikandang cepat dapatkan stok,sementara masih ada.

jangan tunggu lama-lama.untuk baka pon ada

insyaallah macam2 ada.hehehe

"KAMBING MALAYA"


Salam semua,alhamdulillah beberapa minggu yang lepas majlis santap sepetang kambing malaya berjalan dengan lancar alhamdulillah..syukur pada ALLAH,mempermudahkan urusan kami..sedikit sebanyak dengan wujudnya rangkaian network begini banyak membantu penternak-penternak kecil terutamanya saya..dengan kemunculan kambing malaya ni,banyak feedback yang kami terima,ada yang positif dan juga negatif,malah ada juga yang menyatakan kami ingin berlawan2 dan menjatuhkan penternak bumiputera yang lain..

Bagi saya pendapat itu tidak benar sama sekali,tiada agenda sebegitu di dalam penubuhan kambing malaya network..hadirnya kami untuk merancakkan lagi dunia perkambingan di malaysia..Ada satu soalan yang sering bermain di minda saya,mampukah penternak kecil seperti saya bersaing dengan syarikat besar seperti u-keng farming,KTL,ladang ternakan prudence yang mana modal nya berjuta ringgit,dilengkapi dengan "istana" kambing bersaiz 70' x 400' yang lebih daripada sebuah , modal pusingan ratusan ribu ringgit mungkin jutaan ringgit.Berbanding dengan saya modalnya hanya 30 ribu,itu pun memakan masa sehingga 2 tahun,kandang 'BERSAMAMU' bersaiz 12' x 40'dengan binaan kayu terpakai,juga sambungan 24' x 15'.itupun memerlukan 2 tahun simpanan sendiri dan modal pusingan yang hanya 2 ribu ringgit..
dimanakah saya jika dibandingkan dengan mereka ini????mampukah saya bersaing dengan mereka???

maka networking adalah jawapan nya,untuk membantu dan berkongsi rezeki yang diberikan oleh ALLAH ini,kepada penternak2 kecil seperti kami.bukanlah makna nya dengan network ini,kami berpuak-puak..tidak sama sekali..kami memberi pilihan kepada pengguna,mungkin dengan kami mereka boleh mendapatkan "baka" dengan harga berpatutan,tetapi mungkin pada mereka "sembelihan" agak mahal jadi disitu untuk 'sembelihan" mereka beralih ke penternak bumiputera yang menawarkan harga "sembelihan" yang lebih rendah,di situ kita lihat adanya pengagihan dan menguntungkan kesemua pihak..

'sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang berperang di jalan-nya dalam barisan teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh' suraf ash shaaf ayat 4.pada pendapat saya apa yang kita buat ini adalah satu jihad.jihad ekonomi.satu perintah ALLAH telah kami lakukan.insyaallah.

saya bukanlah perancang utama di dalam network ini,saya hanyalah ahli kelurga KMN yang kecil,yang mana diberi peluang oleh sahabat-sahabat saya terutamanya zul dan rie untuk sama-sama terlibat dalam jihad ekonomi ini.networking ini banyak membantu kami terutamanya saya "penternak kecil fulltime tidak bermodal"..didalam network ini saya merasa berkongsi-kongsi rezeki yang dikurniakan allah bersama-sama dengan sahabat yang lain.inilah nikmat nya berjemaah.pinta saya hanya satu,supaya ALLAH kekalkan kami ahli-ahli KMN dan istiqomah di dalam mengharungi liku-liku dunia perkambingan yang semakin mencabar ini..amin



psst: untuk orang bentong dan raub,feral tinggal 3 ekor je.cepat dapatkan stok anda..hehehe.nak baka pon ada.