Wednesday, December 31, 2008

gambar kambing sepanjang 1429 hiriah dan 2008 masihi

wassup doc


xde sawit tok aku ker?


malu lah x mo pandang


hello mike


enaknyer yummy


puan umi a.k.a 'the owner' dengan kambing2nya


anak jantan jamna cros dan kampung dan jamna ngn anglo


pejantan asal badang jamna cros


induk kampung limited edition


'simba' bakal pejantan 8 bulan


daun sawit yang ranggup

ya Allah engkau rahmatilah perjuangan kami dan tempatkan kami dalam golongan hamba mu yang beriman dan bersyukur...semoga kita lebih berjaya di masa mendatang..amin

SALAM MAAL HIJRAH 1430 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009

Assalamualaikum,
Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan tahun baru 2009. Sepatutnya saya menulis pada malam 28hb Disember lepas bersamaan pada malam 1 Muharam 1430. Tetapi saya amat sibuk sejak akhir-akhir ini jadi terpaksalah saya tangguhkan sehingga hari ini. Diam tak diam dah masuk tahun ke 2, Pearl Farm beroperasi meredah onak dan duri. Saya hanya memberikan masa selama tiga tahun kepada diri saya untuk berjaya di dalam dunia penternakan. Nampaknya saya cuma ada sedikit sahaja masa lagi untuk mencapai matlamat dan 'goal' yang telah saya tetapkan.
Pada malam tahun baru lunar ini, saya ingin mengimbas kembali peristiwa yang telahpun menjadi sejarah. Setelah setahun, saya ingin berkongsi suka dan duka dengan pelawat blog ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelawat sekelian. Seronok rasanya bila laman blog kita dikunjungi.
Ketika menceburi dunia penternakan, saya sebenarnya tidak tahu apa-apapun mengenai haiwan ternakan ini, apatah lagi penjagaan kesihatannya. Namun sebagaimana biasa...saya tidak mungkin berpatah balik setelah keputusan diambil. Puteri kedua saya pun yang pada mulanya sangat takut kepada kambing, kini berani mengikut saya kekandang setiap kali cuti semesternya.

Saya mempunyai pengalaman selama 16 tahun didalam bidang sumber manusia dan memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia. Bergelumang dengan keringat dan kotoran sebenarnya sesuatu yang amat berbeza dari dunia saya dahulu. Namun, saya harus 'berhijrah' moga masa depan anak-anak lebih gemilang.
Kini, setelah setahun bergelar "penternak" saya akhirnya dapat melihat sedikit demi sedikit hasil keringat yang tumpah. Dunia penternakan sudah sebati dengan diri saya, dan yang paling berharga adalah kedamaian yang tidak ada tolok bandingnya...Inilah duniaku sekarang!.
Kawan-kawan,
Sejak dulu, saya adalah seorang yang sangat giguh. Saya sangat optimis dan berani. Kita kena ingat, Allah telah berjanji bahawa " Sesiapa yang berusaha ia akan mendapat" Pernahkah Allah tidak mengotakan janjinya?. Walaupun Pearl Farm tidak sehebat nama-nama besar didalam dunia penternakan namun saya amat bersyukur kerana saya mampu meneruskan perniagaan ini walaupun hanya memulakan dengan modal yang kecil.
Sebenarnya saya mendapat sokongan yang amat jitu dari FAMA daerah Bentong. Encik Ahmad bin Nayan dan kakitangannya sentiasa memberikan sokongan dan semangat. Begitu juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang telah mula meletakkan kepercayaan kepada saya.
Pada 20hb Disember lepas saya dijemput oleh pihak FAMA daerah untuk menjadi penceramah dalam program " Seminar Pembangunan Usahawan" yang dikhaskan kepada para graduan. Kerana saya juga seorang penternak berijazah maka saya berharap dapat membantu para siswazah yang berminat dalam bidang penternakan. Pihak FAMA membayar saya untuk jadi penceramah....sebenarnya...walau tanpa bayaranpun saya sanggup menjadi penceramah FAMA kerana jasa yang mereka berikan kepada saya tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.
Kawan-kawan,
Saya sangat berharap pada tahun baru ini, kita semua memperolehi kejayaan yang penuh gilang-gemilang. Saya merasakan kerja kita untuk setahun ini akan dinilai, bukan oleh CEO tetapi Allah S.W.T menilainya dan memberikan ganjaran...percayalah bahawa Rahmat Tuhan sentiasa menanti kita dihadapan. Saya ingin mengingatkan diri sendiri dan teman-teman penternak semua, bahawa jangan sesekali lupa untuk membayar zakat. Dengan membayar zakat hati kita akan tenang dan kita akan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.
Kawan-kawan,
Pada suatu hari puteri bongsu saya bertanya " Mak..andai dapat diundurkan putaran dunia..apa yang ingin mak ubah?" Seperti biasa saya akan menjawab dengan penuh keyakinan " Tiada apa pun yang ingin mak ubah kerana sepanjang hidup ini mak melalui hidup yang sangat indah...dan menjadi penternak dihujung usia ini merupakan satu pilihan yang sangat tepat".
Kawan-kawan,
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009, dan selepas ini seperti biasa putera sulung saya Amirul akan meneruskan tintanya diblog ini....permisi dulu...Ciao!



UMI KALTHOM HASSAN



Thursday, December 18, 2008

KANDANG N BANGSAL BAJA

ALHAMdulillah setelah bebrape bulan bertungkus lumus akhirnya siap gak bangsal baja n kandang baru..tapi kecik jer la..wat sendiri jer tu yang amek masa sket tu..kami ni merangkak2 sket nak maju maklumlah modal kecik jer.ade rezeki lbih baru lah mlangkah kedepan sket..x pe sikit2 lame2 habis bukit.hehe..layan gambar pemandangan ladang,kambing yang terbaru dan x sebraper...hemoh hemoh












semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..aminnnnn