Saturday, November 21, 2009

PERTAMBAHAN KELUARGA BARU

SAHABAT KAMI DI NASIR FARM TElah menambahkan bilangan ternakaN mereka..BIri2 teLh di baWA Masuk...untuk breeDING lah..kami JUga DI peaRL N nasir gOAT FARM,SEDiA MEMBEkalkan kamBING tok akIkah,KOrban dan BAKA kepada anda...hubungii kami untuk harga IStimewa..ZASSSSSSSSSSSSSSSSS..HANYA DI PEearl DAN nasir GoaT farm...layannnnnnnnn

gambar len kali k..hehehe

KAMBING KAMPUNG UNTUK DIJUAL

SALAM SEMUA...KAMI ADE KAMBING KAMPUNG UNTUK DIJUAL..APE2 KOL KAMI....LAYAN..

017-9041864
013-9956055

Saturday, November 14, 2009

senarai harga untuk akikah dan daging

kambing 40kg keatas- RM700-RM800 seekor

upah sembelih dan melapah- RM 30


penghantaran percuma sekitar bandar bentong( bagi pakej sembelihan dan melapah sahaja)


nak tau harga baka.calling2 lah kami

017-9041864
013-9956055
017-2496486
019-2596448

Friday, November 13, 2009

TEMPAHAN KAMBING UNTUK HARI RAYA KORBAN DIBUKA

salam sape nak kambing tok hari raya aji ni bgtau sy..cakap bnyak tak gune..nak beli baru kite sembang bnyak..haha..joke k..ape2 hubungi kami tok kambing akikah dan daging..zas...layan
pat-pat siku lipat.cepat2 kalo tak kambing org sebat..



gambar di bawah pemandangan kandang

aktiviti mngasap.menunggu duit turun dari langit..haha








Thursday, November 5, 2009

feral untuk akikah dan daging

kami di pearl goat farm dan nasir farm sedia membekalkan feral untuk tujuan korban akikah kenduri untuk anda di sekitar kawasan bentong..jangan risau kerana kami dan nasir goat farm mempunyai bekalan yang mencukupi untuk anda semua..untuk keterangan lanjut hubungi kami..layan





jadi kepada ada semua ape tuggu lagi...jika mahuka kambing hubungi saya terus...kerana kami di pearl farm dan nasir farm komited untuk menjadi pembekal kambing yang utama di daerah bentong

Friday, October 30, 2009

KAMBING UNTUK DIJUAL

KAMI MEMPUNYAI KAMBING CROSS DAN BOER F1 UNTUK DIJUAL.....
SEBARANG MAKLUMAT LANJUT
BLEH HUBUNGI KAMI
DI NO YANG TERTERA



017-9041864

013-9956055

017-2496486



BANNER DISEKITAR BENTONG

Tuesday, October 20, 2009

gabungan dan kerjasama baru

dengan bantuan dan sokongan dari kambing malaya network terutama bro zul,bro rie dan bro bad dan sahabat dari nasir farm iatu en nasir dan mr lee.pearl goat farm dan nasir farm ada membekalkan kambing untuk akikah dan baka untuk penternak2 di bentong..jadi bagi sesiapa yang berminat jgn lah malu dan segan untuk menghubungi saya dan mr lee..kami mengalukan sebarang pertanyaan dari anda..hubungi kami untuk maklumat lanjut..banner kami akan digantung disekitar bandar bentong dan kawasan yang sewaktu dengan nya..terima kasih tidak terhingga kepada saudara kami dari kambing malaya network,bro zul,bro rie dan bro bad..dan juga saudara kami dari nasir farm en nasir dan mr lee..yang banyak membantu...terima kasihhhhhhhhhhhhh








kambing feral untuk akikah

alhamdulillah dengan bantuan rakan kambing malaya,terutama bro zul,bro rie,bro bad dan bro radzlie..kami membawakan kambing akikah untuk anda..terima kasih kepada rakan kerjasama kami iaitu en nasir dan mr lee dari NASIR FARM..dengan terdirinya satu lagi ladang kambing di bentong,kami harap ia mampu merancakan suasana penternakan kambing di bentong
sape2 nak kambing akikah hubungi no di bawah.zasssssssssssssss

017-9041864
013-9956055
017-2496486
019-9272698




feral tgh melepak

Saturday, July 11, 2009

RUKUN IMAN KE ENAM- PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR

Assalamualaikum rakan taulan sekelian,

Saya kembali lagi setelah genap sebulan tragedi yang menimpa Pearl Farm. Ketika dalam perjalanan untuk menziarahi keluarga abang ipar yang kembali ke Rahmatullah ( musibah lagi ? ) saya membeli sebuah buku di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh. Perjalanan yang panjang membolehkan saya membaca dengan selesa sekali. Di dalam buku " Asas-Asas Fardhu Ain " tulisan ustaz Sulaiman Endut ( Allahyarham )beliau menyatakan bahawa ' beriman kepada qada' dan qadar bererti bahawa sesaorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku didalam alam ini, apa yang berlaku kepada dirinya samada disukai atau tidak disukai, baik atau buruk, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau lupa, dirancang atau tidak dirancang ,sihat atau sakitnya, jaya atau gagalnya, semuanya adalah qada' dan qadar Allah S.W.T yang telah ditetapkan olehnya'. ( rukun iman keenam- percaya kpd Qada' dan Qadar m/s 45)
Persoalannya ... bukanlah saya lupa kepada Rukun Iman Yang Keenam itu tetapi kehadiran buku itu yang tepat pada masanya.

Teman-teman,
Allah S.W.T berfirman di dalam Surah al-Hadid ayat 22 hingga 23 yang bermaksud
" Tidak ada sesuatu bala bencana ( musibah ) yang terjadi atas muka bumi atau yang mengenai menimpa diri kamu semuanya itu melainkan telah dicatat di dalam kitab catatan sebelum kami ( Allah ) tentukannya akan berlakunya , sesunguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah sesuatu yang mudah. tujuannya yang demikian itu supaya kamu semua tidak berdukacita terhadap apa yang terlepas dari tanganmu tidak pula merasa bangga terhadap apa yang diberikan oleh Allah kepadamu. Allah tidak menyukai orang yang sombong serta membanggakan diri sendiri".

Ayat ini menyedarkan saya bahawa saya termasuk di dalam golongan orang yang diuji oleh Yang Maha Esa. Ayat ini juga dapat merawat luka hati saya yang tidak henti-henti berdarah. Semuga saya bertambah kuat dan tabah di dalam menempuh berbagai-bagai lagi musibah yang telah ditentukan ke atas diri saya.

Teman-teman,

"Rezeki secupak tak akan jadi segantang" peribahasa ini telah menguliti kehidupan saya sejak kecil. Saya adalah penentang paling lantang bidalan orang tua-tua ini. Saya selalu berkata dengan usaha yang bersungguh-sungguh, bukan saja segantang malah rezeki akan menjadi berbilion2 gantang. Mak dan abah saya senyum saja ketika itu. Mereka memang tahu saya suka mempersoalkan sesuatu yang boleh " lapuk dek hujan". Sebenarnya saya bukan penentang tetapi saya sangat optimis dengan hidup. Saya percaya dengan usaha gigih kita pasti berjaya pada suatu masa nanti.

Tetapi kebelakangan ini saya terfikir sendiri, bahawa banyak benda yang saya tidak ambil kira ketika memberikan hujah saya. Pemikiran saya terlalu ideal. Saya menilai sesuatu dengan beranggapan bahawa " semua perkara tidak berubah" seperti prinsip ekonomi yang kita belajar ketika first degree dulu.

Teman-teman,
Pada hari ini saya mula sedar bahawa kehidupan ini bukan hanya mengenai sejauh mana kita berusaha untuk memajukan diri, kehidupan ini adalah sebenarnya adalah tentang sesuatu yang telahpun ditentukan kepada kita. Hari ini saya memahami bahawa bidalan orang tua-tua tentang rezeki secupak tak akan jadi segantang bukanlah menganai usaha dan kesungguhan tetapi orang tua-tua dulu berkata mengenai qada' dan qadar yang telah ditentukan kepada kita.
Cuma saya sahaja yang berlagak lebih pandai dari orang tua-tua dulu.

Teman-teman,
Ditengah-tengah malam begini, saya teringat serangkap lagu yang didendangkan oleh sebuah kumpulan yang popular diera 90'an dulu. Katanya " Andai begitu suratan takdir, usah lagi kita mungkir, bersyukur pada rahmatnya" .
Jauh disudut hati saya tetap menaruh harapan seperti kata Zaiton Sameon..." Selagi hidup belum sudah, aku akan terus melagkah, ku yakin Rahmat Tuhan ku , di hadapan menunggu "

J
umpa lagi dilain ketika, "Ciao"
Puan Umi

Thursday, July 2, 2009

KAMBING AKIKAH DAN DAGING

SALAM SEMER,kambing akikah dan daging ade di kandang,saper nak kontek kami,walopun dah nyawe2 ikan tapi kami still bernafas lagi.hahaha..dapatkan segera.abes kami tambah lagi..
name pon kambing malaya.hehe.salam

Monday, June 15, 2009

SUDAH TERLUKA MERINDU PULA

Assalamualaikum saudara dan sahabat handai,
Pada awal tahun ini, saya merancang untuk kembali menulis pada awal tahun hadapan. Tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Kali ini saya kembali ke Blog ini dengan berita yang hiba. Rata-rata saudara dan sahabat handai saya sudah maklum tentang musibah yang menimpa kami. Terima kasih kepada semua rakan penternak yang membantu mengukuhkan semangat kami. Terutamanya kepada anakanda KAMBING MALAYA yang memberikan semangat dan kata-kata dorongan. Tidak saya lupa juga kepada rakan-rakan lain yang tidak sempat saya sebutkan.
Saudara dan rakan,
Mungkin kerana saya berhati batu, saya tidak mampu menangis. Namun jauh di dalam, hati saya begitu pedih. Sungguh...rasanya lebih hebat dari hirisan pedang. Saya tergamam dan sukar untuk berkata-kata. Saya melihat kandang yang kosong dengan perasaan pilu dan impian masa depan yang telahpun punah. Inilah masa depan untuk anak-anak saya. Amirul, putera sulung, walaupun menerima anugerah dekan tetapi sanggup melambatkan melanjutkan pelajaran demi meralisasikan impiannya untuk menjadi penternak muda. Dia begitu gigih dan kuat bekerja. " Ya Allah, Ya Rahim, Kau limpahilah dia dengan rahmat serta kasih sayangMu, sesungguhnya redhaMu bergantung kepada redha ibubapa "
Saudara dan rakan,
Kerugian saya mencecah puluhan ribu ringgit. Jumlah yang besar bagi penternak kecil dan miskin seperti saya. Punca rezeki masa kini dan sedikit pelaburan untuk pelajaran anak-anak dimasa depan hilang sekelip mata. Namun apa yang lebih memilukan adalah kehilangan haiwan ternakan yang sangat saya sayangi. Saya menternak haiwan tersebut untuk "breeding" dan layanannya adalah untuk haiwan kesayangan. Setelah beberapa hari berlalu, kerinduan saya kepada ternakan ini semakin parah. Hati saya sangat pedih apabila melihat kandang yang telahpun dikosongkan oleh manusia kejam tersebut. Benarlah seperti kata " Sudah terluka merindu pula". Manusia terlaknat itu bukan saja telah membawa pergi puluhan ekor kambing saya, malah mereka telah meragut semangat serta masa depan saya sekali. Alhamdulillah, maha suci Allah.
Sebagai insan malang saya hanya mampu menyerahkan hati yang luka parah ini kepada Allah. Saya tak tahu nak minta apa ketika selesai bersolat hajat. Cuma doa saya " Ya Allah, jika menjadikan pencuri itu kaya adalah yang terbaik, maka engkau jadikanlah mereka kaya supaya mereka tidak mencuri lagi, Jika mengetahui siapakah mereka itu adalah lebih baik, maka berilah aku petunjuk siapakah mereka agar dapat aku membalas dendam, dan jika menambahkan rezekiku adalah lebih baik, maka kau berilah aku rezeki halal yang berlipat ganda, sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui apa yang paling baik buatku" Amin.
Saudara dan sahabat,
Lebih tepat anakanda penternak dan bukan penternak, terima kasih kerana memberikan kami semangat untuk terus berjuang. Anda semua merupakan insan mulia yang ada disisi kami ketika kami didalam waktu-waktu yang sukar ini. Untuk doa-doa yang diaminkan untuk kami, kami mengucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Semuga dengan adanya anakanda sekelian, kami lebih tabah menempuh dugaan Allah ini. " Ya Allah, Engkau berkatilah usaha penternak ini, Engkau limpahilah mereka dengan berkat dan kasih sayangMu, Amin"

Terima kasih sekali lagi
Puan Umi Kalthom Hassan

Friday, June 12, 2009

KAMBING KAMI DICURI

ALLAH berat sungguh wasenyer ujian ini.11/6/2009,abes semua 30 ekor kambing kami dicuri.28 ekor induk dan 2 ekor buck.semuanya jenis boer,abes usaha kami selama 2 tahun..saya tak tahu nak kate ape,tak mampu sy nak menulis.yang tinggal hanya lah beberapa ekor kmbing kampung dan feral..menagis saya setiap kali melihat gambar kambing2 kami..allah,.......................................................................................................................................................

Monday, June 8, 2009

CLASS OF 2009






































ni lah sebahagian doe n buck di ladang kami.kami doa supaya dapat anak kambing yang banyak. tapi ada prob sket.penjantan kami mcm x aktif nak mngawan jer.gram tol.pjantan ada dua,dua2 slow..ada komen or nasihat daripada sahabat2 di luar sana.kalo ada dapat beri pandangan dan cadangan..tolong ya.........

Thursday, June 4, 2009

feral untuk akikah dan sembelihan

feral tok akikah dan sembelihan telah tiba dikandang cepat dapatkan stok,sementara masih ada.

jangan tunggu lama-lama.untuk baka pon ada

insyaallah macam2 ada.hehehe

"KAMBING MALAYA"


Salam semua,alhamdulillah beberapa minggu yang lepas majlis santap sepetang kambing malaya berjalan dengan lancar alhamdulillah..syukur pada ALLAH,mempermudahkan urusan kami..sedikit sebanyak dengan wujudnya rangkaian network begini banyak membantu penternak-penternak kecil terutamanya saya..dengan kemunculan kambing malaya ni,banyak feedback yang kami terima,ada yang positif dan juga negatif,malah ada juga yang menyatakan kami ingin berlawan2 dan menjatuhkan penternak bumiputera yang lain..

Bagi saya pendapat itu tidak benar sama sekali,tiada agenda sebegitu di dalam penubuhan kambing malaya network..hadirnya kami untuk merancakkan lagi dunia perkambingan di malaysia..Ada satu soalan yang sering bermain di minda saya,mampukah penternak kecil seperti saya bersaing dengan syarikat besar seperti u-keng farming,KTL,ladang ternakan prudence yang mana modal nya berjuta ringgit,dilengkapi dengan "istana" kambing bersaiz 70' x 400' yang lebih daripada sebuah , modal pusingan ratusan ribu ringgit mungkin jutaan ringgit.Berbanding dengan saya modalnya hanya 30 ribu,itu pun memakan masa sehingga 2 tahun,kandang 'BERSAMAMU' bersaiz 12' x 40'dengan binaan kayu terpakai,juga sambungan 24' x 15'.itupun memerlukan 2 tahun simpanan sendiri dan modal pusingan yang hanya 2 ribu ringgit..
dimanakah saya jika dibandingkan dengan mereka ini????mampukah saya bersaing dengan mereka???

maka networking adalah jawapan nya,untuk membantu dan berkongsi rezeki yang diberikan oleh ALLAH ini,kepada penternak2 kecil seperti kami.bukanlah makna nya dengan network ini,kami berpuak-puak..tidak sama sekali..kami memberi pilihan kepada pengguna,mungkin dengan kami mereka boleh mendapatkan "baka" dengan harga berpatutan,tetapi mungkin pada mereka "sembelihan" agak mahal jadi disitu untuk 'sembelihan" mereka beralih ke penternak bumiputera yang menawarkan harga "sembelihan" yang lebih rendah,di situ kita lihat adanya pengagihan dan menguntungkan kesemua pihak..

'sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang berperang di jalan-nya dalam barisan teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh' suraf ash shaaf ayat 4.pada pendapat saya apa yang kita buat ini adalah satu jihad.jihad ekonomi.satu perintah ALLAH telah kami lakukan.insyaallah.

saya bukanlah perancang utama di dalam network ini,saya hanyalah ahli kelurga KMN yang kecil,yang mana diberi peluang oleh sahabat-sahabat saya terutamanya zul dan rie untuk sama-sama terlibat dalam jihad ekonomi ini.networking ini banyak membantu kami terutamanya saya "penternak kecil fulltime tidak bermodal"..didalam network ini saya merasa berkongsi-kongsi rezeki yang dikurniakan allah bersama-sama dengan sahabat yang lain.inilah nikmat nya berjemaah.pinta saya hanya satu,supaya ALLAH kekalkan kami ahli-ahli KMN dan istiqomah di dalam mengharungi liku-liku dunia perkambingan yang semakin mencabar ini..amin



psst: untuk orang bentong dan raub,feral tinggal 3 ekor je.cepat dapatkan stok anda..hehehe.nak baka pon ada.

Thursday, May 28, 2009

KETIBAAN FERAL

Salam insyaallah 31/5/2009 feral tok akikah akan sampai di kandang,kepada

sesiapa yang berminat boleh lah hubungi syer di talian 017-9041864 atau

013-9956055..kepada yang ingin membeli secara pukal gak.habak mai


cepat....terlambat tak dapat..alhamdulillah feral yang bawak masuk bulan

lepas,abes dijual..alhamdulillah syukur rezeki Allah bagi......sy bawak masuk feral

jer tapi kalo ade sesaper yang nak boer wether,damara,kibas..calling

cepat2..kami di kambing malaya network macam2 ada...nak stud buck,

champion
nyer blood lines pon ader..tol tak bro suko???

nama pon KAMBING MALAYA.

hehehe..zassssssssssssssssssssssssssss



pssttt: gambar di atas sekadar hiasan,tiada kena mengena sama ada yang hidup atau pun mati

Friday, May 22, 2009

AKAN DATANG NANTI KAN KEMUNCULANYER


NANTIKAN KEMUNCULAN BANNER INI DISEKITAR BANDAR BENTONG,LURAH BILUT DAN SEJAJAHAN DENGAN NYER...TUNGGGUUUUUUUUUUUUUUUU

"Sepetang Santak Santap Kambing Se-Malaya"

Salam saudara-saudari,

Kami, daripada Kambing Malaya Network sekali lagi menganjurkan "Sepetang Santak Santap Kambing Se-Malaya". Sekali lagi juga, kami menjemput saudara-saudara semua yang meminati atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam dunia perkambingan menghadiri majlis ini.

Objektifnya hanya untuk (1) mempertemukan semua peminat kambing, (2) berkongsi maklumat tentang dunia perkambingan, (3) memeriahkan dunia perkambingan & (4) merasai keenakkan daging kambing boer (PERCUMA!!).

30 May 2009, bertempat di kandang kroni Kambing Malaya iaitu Al-Falah.
ATUCARA MAJLIS YANG DIRANCANG SEHINGGA KINI:
  • 1.30-2.00ptg: Kehadiran & Memanggang BBQ Boer
  • 2.00-2.30ptg: Doa & Intro Kambing Malaya Network
  • 2.30-3.30ptg: Dialog "Tuisyen Realiti Dunia Perkambingan"
  • 3.30-4.00ptg: Makan & Acara Bebas
  • 4.00-4.30ptg: Penerangan Peminjaman Di Agro Bank
  • 4.30-5.30ptg: Klinik Kambing (hands-on)
  • 5.30-7.00ptg: Lelongan Kambing Boer & Saanen
  • 7.00ptg: Bersurai

*Makan & minum disediakan sepanjang program. Saudara saudari dialu-alukan, makan & minum sepuas-puasnya.

Peta untuk ke lokasi:

Thursday, May 21, 2009

SEPETANG BERSAMA SAHABAT KAMBING MALAYA NETWORK

16/5/2009 saya,azrul sahabat saya dan saudara saya kechik kami

berjumpa dengan sifu2 kami iaitu geng KMN..bnyak perkara yang dibincang kan

dan bnyak benda baru yang kami pelajari..mlam tu x ramai yang ade,yang hadir

cuma bro zul btf a.k.a the excellent,bro rie a.k.a wise guy dan bro shukor dusun
agro a.k.a mr cool.otai2 ni memang tak kedekut ilmu dan banyak yang kami

pelajari daripada mereka.mereka tidak lokek dalam memberi dan berkongsi

pengalaman mereka dengan kami..alhamdulillah..thanks gak pada bro suko

malam tu blanjer makan..thanks yer bro....hehehe..........apa lagi kawan2 sume

kami geng kmn ade boer termurah di pasaran..x caye????????? percayalah..untuk

sekitar bentong hubungi kami..kerana kami juga ahli keluarga KMN....semoga allah kekalkan kami...aminnn

Sunday, May 10, 2009

kambing untuk daging,akikah sembelihan dan baka??????? semua kami ada. x caya mai turun bentong tengok..hehehe..bagi kambing tok sembelihan,akikah dan korban?ada...cepat2 mai sebat...kalo abes camna?? jgn wiso tuan,stok sentiasa ada...kat bentong induk boer sampai seribu lebih seekor,kami x mampulah..di pearl goat farm hargenya lebih murah,x caye mai la kol or datang kandang...betol ke??? betol takkan tipu lak.hehehe,...stok bnyak ker? jgn wiso,itu bisa diuruskan........sebagai part of kambing malaya,kami berusaha untuk memberikan anda yang
terbaik..insyaallah




laporan

kambing feral untuk sembelihan masih ade di kandang,jika berniat untuk membuat kenduri,akikah dan sebagainya boleh hubungi pearl goat farm,mereka juga menyediakan pakej untuk memasak kepada anda.ingin dibuat kari ka,rendang minang ka kurma ka....hubungi saja..
harga boleh bincang,jgn riso..asalkan anda berpuas ati.

pearl goat farm juga menyediakan kambing boer untuk breeding dengan harga yang murah di bentong,pahang..harga baik punya...kepada yang ingin memulakan penternakan kambing mereka sedia untuk membekalkan kepada anda, kambing dengan harga yang berpatutan..hubungi 017-9041864 untuk maklumat lanjut

akhir kata
ibarat kambing menanduk bukit,bukit tidak runtuh
saya karam sing wale-wale melaporkan dari cameron hghland untuk buletin kambing

Saturday, May 2, 2009

KAMBING TOK JUALAN DAN BREEDING

salam.hehe lame x update, sibuk ngan hal konvo..kat bawah ni gambar2 kambing pearl goat farm tok breeding n jualan..minat2 boleh kol...kami beroperasi secara kecilan jer..insyaallah kalo dimurahkan rezeki boleh expand ag...amin...sekarang ni wat yang termampu jer...
so area bentong sape yang berminat nak beli kambing boleh lah hubungi kami...


kambing tok jualan/daging/akikah/kenduri






kambing tok breeding






kambing tok breeding ni xde la super mane pon..maklumlah..ini je yang termampu..insyaallah dimurahkan rezeki kami tambah yang terbaik penyer..amin...sekali lagi orng sekitar bentong ,bilut raub dan sejajahan dengan nyer nak kambing kontek kami...cepattttttttttt sebelum terlambat...

KONVOKESYEN POLISAS

Salam semua..hari ni nak citer lain sket pada kambing..30/4/2009 khamis lalu hari konvokesyen saya..haha seronok rasenyer..yela walaupon diploma, 3 taun gak beb nak dapat..heheh..gembira btol wasenyer jumper ngan kawan2 lame..masing2 ade yang dah keje ngn petronas,exxon mobil,ada yang jd field specialist kat slumberger,ade yang further degree kat UIA,UITM,UTM macam2 la lagi..
saya plak???hehehe masih tunggu tawaran study lagi disamping menjadi penternak..


dengan keluarga


pingat tu tanda dekan lah.hehehe


mechy gang


pegang bunga plak


sahabat2 jurusan teknologi makanan


dengan bro gua



balik jumaat tu 1 haribulan, tak dapat la nak pi opening kambing malaya nyer ceremony..sori bro zul n rie..hehehe..telepas nak merasa bbq kambing.





Thursday, April 16, 2009

KAMBING BOER WETHER DAN FERAL

dengan bantuan sahabat dari rakan ternak,merangkap sifu kami.kami dengan bangga nya mengumumkan kepada semua penternak di daerah bentong,raub dan kawasan sejajahan denganya kami kini membekalkan boer wether dan feral untuk sembelihan.harga seperti di bawah:

boer wether = rm 520 (minima sepuluh ekor)
(berat-40-50 kg)

feral = rm 470 (minima sepuluh ekor)
(30-40kg)

penghantaran terus ke kandang anda.hanya sekitar bentong,bilut sahaja


cara pembayaran:

pembayaran perlu dibuat sebelum penghantaran.

jika nak buat tempahan awal.

anda perlu percaya kerana network kami terdiri daripada mereka2 yang ikhlas dab bersemangat jitu dalam pembangunkan penternakan negara......

so ape anda tunggu lagi..wat lah tempahan sekarang...........zasssssssssssssss


kol amirul-017-9041864

Saturday, April 11, 2009

senarai harga kambing akikah/korban pearl goat farm

yang jauh mari dekat,yang dekat mari rapat..yang rapat sila cepat sebelum kene sebat!!!!!!!!!!!!
susah nak cari kambing akikah?? jangan gusar di pearl goat farm kami sediakan perkhidmatan yang akan memuaskan hati anda.insyaallah..

Jom tengok pakej kat bawah ni............

kambing feral 30kg keatas- RM550-RM650 seekor

upah sembelih dan melapah- RM 50

penghantaran percuma sekitar bandar bentong( bagi pakej sembelihan dan melapah sahaja)


kenapa??? x percaya????

percayalah!!!

nak untuk breeding pon kami ada..tapi kene orderlah dulu k.

Monday, March 30, 2009

TAWARAN JUALAN KAMBING

Salam kepada semua penternak baru dan lama.inginkan kambing boer?jamnapari?koploh?kibas?saanen? cepat hubungi kami sementara stok masih ada.,,pat pat siku lipat, sape lambat tak mendapat..hohohoho

Monday, March 16, 2009

JUALAN BOER F1/F2

Alhamdulillah Bulan dua yang lepas kami telah menjual 20 ekor induk boer f1/f2 berumur satu tahun hingga dua tahun.dijual pada harga RM14,500.00..terima kasih kepada customer kami encik din...ini adalah hasil gabungan kami dengan beberapa sahabat,maklumlah kami ni penternak kecil tu yang jd macam konsurtium tu.hehehehe...kepada sape2 yang berminat bleh la hubungi kami.wat masa ni di kandang ada lebih kurang 40 ekor je..tu tok stock breeding kami..kalo berminat bleh kol..kami usahakan.hehehe.pasal bayaran ble dibincang..x da hal..harga berpatutan..yelah RM 14,500.00 saja mane dapat..harga murah kerana local breed.. kualiti nak kate terbaik tu xde lah sangat..stakat biase lah ye tak..hehehehe..hubungi kami jika berminat


boer f1/f2


kambing tengah release tension



Monday, January 19, 2009

saje suke.....

hehe saje suke letak gambar ni.. mesti lah gamba kambing kan..x kan gamba kerbau lak..insyaallah kalo ade rezeki kami akan cube membekalkan boer kelahiran tempatan dengan harge yang istimewa...tungguuuuu.sori gamba x bape cantek..ada prob sket


induk kampung baik pnyer




boer lah plak