Thursday, June 4, 2009

"KAMBING MALAYA"


Salam semua,alhamdulillah beberapa minggu yang lepas majlis santap sepetang kambing malaya berjalan dengan lancar alhamdulillah..syukur pada ALLAH,mempermudahkan urusan kami..sedikit sebanyak dengan wujudnya rangkaian network begini banyak membantu penternak-penternak kecil terutamanya saya..dengan kemunculan kambing malaya ni,banyak feedback yang kami terima,ada yang positif dan juga negatif,malah ada juga yang menyatakan kami ingin berlawan2 dan menjatuhkan penternak bumiputera yang lain..

Bagi saya pendapat itu tidak benar sama sekali,tiada agenda sebegitu di dalam penubuhan kambing malaya network..hadirnya kami untuk merancakkan lagi dunia perkambingan di malaysia..Ada satu soalan yang sering bermain di minda saya,mampukah penternak kecil seperti saya bersaing dengan syarikat besar seperti u-keng farming,KTL,ladang ternakan prudence yang mana modal nya berjuta ringgit,dilengkapi dengan "istana" kambing bersaiz 70' x 400' yang lebih daripada sebuah , modal pusingan ratusan ribu ringgit mungkin jutaan ringgit.Berbanding dengan saya modalnya hanya 30 ribu,itu pun memakan masa sehingga 2 tahun,kandang 'BERSAMAMU' bersaiz 12' x 40'dengan binaan kayu terpakai,juga sambungan 24' x 15'.itupun memerlukan 2 tahun simpanan sendiri dan modal pusingan yang hanya 2 ribu ringgit..
dimanakah saya jika dibandingkan dengan mereka ini????mampukah saya bersaing dengan mereka???

maka networking adalah jawapan nya,untuk membantu dan berkongsi rezeki yang diberikan oleh ALLAH ini,kepada penternak2 kecil seperti kami.bukanlah makna nya dengan network ini,kami berpuak-puak..tidak sama sekali..kami memberi pilihan kepada pengguna,mungkin dengan kami mereka boleh mendapatkan "baka" dengan harga berpatutan,tetapi mungkin pada mereka "sembelihan" agak mahal jadi disitu untuk 'sembelihan" mereka beralih ke penternak bumiputera yang menawarkan harga "sembelihan" yang lebih rendah,di situ kita lihat adanya pengagihan dan menguntungkan kesemua pihak..

'sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang berperang di jalan-nya dalam barisan teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh' suraf ash shaaf ayat 4.pada pendapat saya apa yang kita buat ini adalah satu jihad.jihad ekonomi.satu perintah ALLAH telah kami lakukan.insyaallah.

saya bukanlah perancang utama di dalam network ini,saya hanyalah ahli kelurga KMN yang kecil,yang mana diberi peluang oleh sahabat-sahabat saya terutamanya zul dan rie untuk sama-sama terlibat dalam jihad ekonomi ini.networking ini banyak membantu kami terutamanya saya "penternak kecil fulltime tidak bermodal"..didalam network ini saya merasa berkongsi-kongsi rezeki yang dikurniakan allah bersama-sama dengan sahabat yang lain.inilah nikmat nya berjemaah.pinta saya hanya satu,supaya ALLAH kekalkan kami ahli-ahli KMN dan istiqomah di dalam mengharungi liku-liku dunia perkambingan yang semakin mencabar ini..amin



psst: untuk orang bentong dan raub,feral tinggal 3 ekor je.cepat dapatkan stok anda..hehehe.nak baka pon ada.

No comments: