Sunday, February 28, 2010

SALAM DARI MELBOURNE



Assalamualaikum kepada semua pengunjung,
Pearl Goat Farm masih beroperasi seperti biasa. Cuma saya rasa sedikit kekurangan..maklumlah..Amirul jauh diperantauan. Amirul sentiasa menelefon saya dari Melbourne. Beliau agak sebuk dlm proses menyesuaikan diri, sebuk dgn aktiviti universiti sebelum sesi pembelajaran bermula. Esuk 1hb. Mac Amirul akan memulakan kuliahnya, satu suasana yg sangat berlainan..dan saya berdoa agar beliau betul2 telah bersedia. Amirul gembira disana, kelihatannya dia biasa-biasa sahaja dan telahpun membeli beberapa perabut untuk kemudahan kehidupannya seharian....Dia minta saya sampaikan salam kepada pengunjung blog..terutamanya anakanda Kambing Malaya.
Teman-teman,
Tahun-tahun akhir Amirul di Malaysia bukanlah detik yang indah. Anak muda ini diuji sepenuhnya untuk mengetahui sejauh mana kesabarannya. Saya sangat sedih melihat dia ketika itu..dengan kecurian kambing kesayangannya..kemudian beliau bekerja untuk menampung perbelanjaannya dan disaat akhir beliau hilang pekerjaan. Beliau pernah ditipu, pernah dipermainkan dan segala macam rasa pahit beliau lalui dalam dunia penternakan. Namun saya menganggap itu sebagai satu "kredit" bagi beliau untuk menempuh hidup yang lebih luas selepas ini.
Teman-teman,
Walaupun saya merinduinya..tetapi secara jujurnya saya amat gembira beliau pergi meninggalkan tanah air yang penuh dengan coretan derita untuk dia. Semuga di negara orang beliau lebih matang dan positif dalam menghadapai semua dugaan. Ketika berbual..saya memahami bahawa anakmuda ini sudah jauh lebih matang dari waktu terakhir saya mendengar suaranya di KLIA dulu. Keputusan yang diambilnya lebih berhemah dan lebih berperikemanusiaan dan yg penting beliau tahu untuk "survive" tanpa menjadikan orang lain sebagai "kambing hitam".
Teman-teman,
Untuk anakanda Kambing Malaya yg banyak membantu saya ucapkan berbilion terima kasih. Amirul sentiasa menyebut2 nama anda sebagai orang yg bersamanya ketika berduka. Untuk rakan penternak yang lain, saya rakamkan ucapan terima kasih kerana sentiasa memberikan semangat dan perhatian.
Akhir sekali sambutlah salam kerinduan dr Amirul di melbourne.

1 comment:

zizan said...

SELAMAT MAJU JAYA MIRUL 'hujan emas di negeri org. hujan batu di negeri sendiri"
Kalau saya terbabas ke Melb. teringin jugak nak jumpa Mirul.

AZIZAN- PB Ramunia