Wednesday, September 29, 2010

Salam Aidil Fitri dari kami

Assalamualaikum Rakan Penternak Sekelian,
Percaya atau tidak sudah tujuh bulan saya tidak "mempublish" apa2 di laman ini. Pada yg tertanya2, kami masih beroperasi seperti biasa. Cuma saya sendirian sebuk dan pada sebelah malamnya saya aktif di"fb" setidak2nya skype dgn anak2 yg kini kesemuanya telah meninggalkan saya untuk berjuang dimenara gading.
Berita gembiranya, kami masih beroperasi dan dapat juga menjual kambing pada setiap bulan...salahlah tuduhan Mr. Balachandran (atau Mr Belachandran) yg menghantar komen pd Jun lepas...Dengan ketibaan musim tengkujuh akhir tahun ini, dan dengan kadar kelembapan yg meningkat berkali2 ganda..kami menumpukan penuh perhatian terhadap ternakan dan kondisi kandang.
Rakan-rakan penternakan sekelian,
Hari ini 20 Syawal...berbahagialah orang yang sudah pun menjalankan puasa sunat pada bulan ini. Pada yg belum, syawal masih berbaki 10 hari lagi..sedangkan enam hari saja memadai untuk melakukan ibadah sunat tersebut.
Saya mewakili Pearl Goat Farm ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan bathin...tunggu2 jugak rakan penternak menjemput utk hadir dirumah terbuka.....
Amirul menyambut raya yg pertamanya diperantauan. Saya pun mengirimkan cookies kegemarannya sepuluh hari sebelum lebaran. Terima kasih pihak kastam australia yg bermurah hati "merealesekan" parcel tersebut. Parcel itu tiba betul2 pada raya pertama.
Rakan-rakan,
Raya memang sangat berbeza tanpa penternak muda tersebut. Saya hanya dapat bersiaran secara "skype" bersama beliau pada raya ketiga. Ketika itu Amirul berbaju melayu hijau muda...dan keadaan sungguh riuh rendah dgn sepupu2nya berebut2 untuk mengucapkan selamat hari raya. Amirul nampak ceria dan berisi sikit. Itulah doa kami sekeluarga, semuga amirul sentiasa ceria walau dimana dia berada...dalam zaman moden penuh kejutan sistem teknologi maklumat ini...jarak antara australia dengan malaysia amat dekat...

Rakan-rakan sekelian,
Amirul akan pulang bercuti ke tanah air pada awal disember ini. Dan saya tahu aturcaranya sudah sepanjang hampir 2km!. Dan diantaranya adalah aktiviti penternakan...
Oklah...pagi ini hujan dan saya tidak masuk ladang...kerana itu saya ada masa untuk melakar sedikit coretan...sambutlah salam aidil fitri dari kami untuk semua rakan penternak muga Allah S.W.T mengizinkan kita bertemu dgn Ramadhan ditahun-tahun akan datang..

1 comment:

alwi 0196630061 alwiabuyamin@gmail.com said...

Salam tuan. Terima kasih kerana percaya dengan keunikan darah pribumi, darah tempatan, darah kita. Semoga usaha pembiakan kambing tempatan tuan semakin berjaya. Sila layari http://alwigoatfarm.blogspot untuk kita sama sama bertukar maklumat. Komen tuan dialu alukan. TQ!